KUSTIF HOLDINGS (M) SDN BHD merupakan satu gabungan para usahawan kreatif 1Malaysia yang menumpukan kepada rekaan dan pembangunan sistem teknologi maklumat dan komunikasi bagi memajukan dan menjayakan usahaniaga para pelanggan kami.

Visi KUSTIF
Kami ingin menjadi pelopor bidang teknologi maklumat dan komunikasi bagi tujuan menggalakkan, membentuk dan membimbing para usahawan 1Malaysia khususnya dari kalangan Bumiputera, secara berterusan dan istiqamah.

MISI-MISI KUSTIF
Bagi merealisasikan Visi KUSTIF, kami menetapkan misi-misi berikut sebagai objektif-objektif syarikat:
  • Menganjurkan program-program latihan keusahawanan untuk para usahawan 1Malaysia khususnya para usahawan Bumiputera
  • Membimbing para usahawan yang berada di bawah naungan kami ke arah kejayaan perniagaan melalui pulangan modal niaga dan keuntungan niaga dengan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi terkni
  • Menjalankan kaji selidik dan pembangunan produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan berlandaskan teknologi maklmumat dan komunikasi yang cenderung memanfaatkan perniagaan-perniagaan para usahawan 1Malaysia

PARA PENGARAH SYARIKAT

Y.Bhg. Datuk Hj Sheikh Ahmad Dusuki Bin Sheikh Mohamad

Datuk Hj Sheikh Ahmad Dusuki adalah tidak asing dengan dunia keusahawanan, dengan pengalaman dalam perniagaan melebihi 35 tahun. Berbekalkan diploma dalam bidang perakaunan dari Politeknik Ungku Omar dalam tahun 1979, beliau telah melibatkan diri beliau dengan perniagaan keluarga beliau di Kota Bharu, Kelantan. Sejak dari itu, beliau telah berjaya meraih beberapa anugerah dalam perniagaan, di antaranya Anugerah Pemasar Tani Jaya oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (2009); Excellence in Community Management - Global Excellence in Management oleh Malaysian Institute of Management (2013); dan Bumiputra Exporters Development Programme (BEDP) dari MATRADE (2009 – 2012).

Kini, Datuk Hj Sheikh Ahmad Dusuki juga giat aktif dalam membina masyarakat khususnya bangsa Bumiputera melalui persatuan-persatuan dan pertubuhan-pertubuhan NGO, tanpa kenal penat lelah demi memperkasakan sumber manusia negara Malaysia.

Ishak Hashim

Sebagai seorang usahawan, Ishak Hashim mempunyai pengalaman lebih dari 13 tahun dalam menguruskan perniagaan-perniagaannya sendiri. Sekian lama juga, beliau berpengalaman dalam menganjurkan kempen-kempen pemasaran pelbagai produk ke seluruh negara – beliau kini mempunyai lebih dari 50 cawangan perniagaan di seluruh Malaysia. Projek-projek pemasaran yang beliau kendalikan adalah termasuk projek-projek pemasaran kerajaan dan korporat.

Menerusi Sistem Aplikasi CRM KUSTIF, beliau juga menerajui projek-projek pemasaran untuk lebih dari 200 buah syarikat IKS di seluruh negeri Selangor.

Ishak Hashim merupakan pengasas Sistem Aplikasi CRM KUSTIF, dan beliau telah menerima beberapa anugerah keusahawanan termasuk Anugerah Usahawan Muda Peringkat Kebangsaan anjuran Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM).

Zailan Mat Ali

Zailan Mat Ali mempunyai pengalaman luas bekerja dengan syarikat-syarikat multi-national (MNC) seperti DELL Global Business (M) Sdn Bhd (sebuah syarikat US yang mengeluarkan computer), EFTEL Ltd (sebuah syarikat Australia yang menyediakan alat-alat dan perkhidmatan telekomunikasi), dan Kenseisha Malaysia (sebuah syarikat Jepun pengeluar komponen-komponen computer).

Beliau telah memperoleh Bachelor Perakaunan dengan pengkhususan dalam Sistem Pengurusan Maklumat (MIS) daripada Universiti Putra Malaysia pada tahun 1993, dan juga Diploma Sains Komputer daripada Universiti Teknologi MARA pada tahun 1998.

Tentang Kami

KUSTIF HOLDINGS (M) SDN BHD merupakan satu gabungan para usahawan kreatif 1Malaysia yang menumpukan kepada rekaan dan pembangunan sistem teknologi maklumat dan komunikasi bagi memajukan dan menjayakan usahaniaga para pelanggan kami.

Hubungi Kami

Kustif Holdings (M) Sdn Berhad 56-A Jln Prima Saujana 1/1A,
Seksyen 1 Taman Prima Saujana,
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan,
MALAYSIA.

TELEPHONE
+603 8736 9606 / +603 8733 7364

FAX
+603 8733 7361